
Sulit
4 tahun
Hidung tumbuh jerawat kecil
Hai doctor, Saya mengalami masalah resedung sebelum ini. Namun sejak akhir ini, kerap ada jerawat kecil yang akan tumbuh di bahagian dalam hidung. Adakah ianya disebabkan resedung juga atau petanda kepada masalah kesihatan yang lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sebetulnya sukar untuk mendapatkan gambaran masalah yang dihadapi berdarkan keterangan diatas sahaja. Namun secara umum jerawat atau bintik kecil didalam hidung boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah kulit seperti jerawat
- Nasal polyps
- Ketumbuhan hidung
- Lesi kongenital
- Benda asing
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dikhuatiri dapat menganggu kondisi kulit anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.