Sulit
2 tahun
Jantung berdegup kencang , sesak nafas , badan menggigil ,dan kerap membuang air besar
saya gadis berumur 15 tahun , 4 tahun lepas saya pernah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan tentang masalah yang saya alami . badan saya menggigil teruk dan selalu menangis , jadi doktor mengesahkan saya menghidap penyakit tiroid tapi sebenarnya bukan . ada juga doktor yang bertanya apa masalah yang saya hadapi , tapi saya tak tahu macam mana nak bagitahu doktor . masa tu saya cuma ambil ubat yang diberikan doktor dan setelah itu doktor menyarankan saya untuk berhenti ambil ubat . after a few weeks , doktor mengesahkan untuk saya berhenti berjumpa doktor . so , perlukah saya berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan semula ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah ini dapat berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
- tekanan darah rendah
- gula yang rendah dalam darah
- sel darah merah rendah dalam darah
- Dehidrasi
- Pengambilan nikotin, kafein serta alkohol
- Masalah emosi- Stress, depresi, kebingungan yang melampau
- Alahan terhadap makanan, bulu haiwan
- Asma
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala seperti:
- Kebas yang berpanjangan
- Loya dan muntah
- Sakit tangan
- Hilang/gugur bulu di bahagian tangan
- Kekejangan
- Badan tidak boleh seimbang
- Penat dan lesu
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.