
Sulit
4 tahun
Jerawat bertukar warna hitam
Saya lelaki mengalami jerawat dan dalam 2 minggu yg lepas ia berubah menjadi warna hitam

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya tidak dapat untuk memberikan jawapan yang tepat kerana banyak lagi maklumat lain serta pemeriksaan harus dijalankan.
Namun begitu, sekiranya bintik hitam itu tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada anda, ia mungkin tidak akan memudaratkan anda. Ini mungkin masalah ingrown hair di mana bulu anda timbuh di bawah lapisan kulit, lalu dijangkiti atau mungkin juga sebab lain.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.