
Sulit
5 tahun
Kepala zakar mempunyai tompok hitam seperti tahi lalat
Saya lelaki bujang. Saya dapati kepala zakar saya bersebelahan alur kencing bahagian tengah itu, ada tompok bulat hitam seakan tahi lalat. Berbentuk bulat tetapi bukan bulat sebenar, mendatar, 1cm, adakah ia normal doktor? Saya tak mempunyai sebarang alahan atau gatal gatal. Tahi lalat itu muncul semasa saya bersekolah menengah lagi dan kini saya berumur 28 tahun. Harap doktor boleh beri penjelasan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya tidak dapat untuk memberi kata putus sama ada ia normal atau tidak kerana banyak lagi maklumat lain serta pemeriksaan harus dijalankan.
Namun begitu, sekiranya bintik itu tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada anda, ia mungkin tidak akan memudaratkan anda. Akan tetapi sekiranya tompok itu semakin membesar, sakit, gatal atau keluar cecair dari zakar anda, disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor bagi mengajukan masalah anda itu.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.