
Sulit
4 tahun
Kesan sampingan vaksin hepatitis B
Hi doktor. Saya wanita berumur 26 tahun. Pada 26 julai 2020 saya mengambil vaksin hepatitis B (dos pertama) pada bahu kiri dan masih mengalami bengkak, sakit pada tempat dicucuk. Saya juga mengalami kegatalan pada kulit di tangan kiri dan merasa pedih apabila kulit kiri disentuh. Semua ini berlaku selepas mengambil vaksin hepatitis B. Adakah ini kesan sampingan sementara ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, vaksin hepatitis B mempunyai kesan sampingan sementara walaupun jarang berlaku. Antaranya:
- kemerahan, bengkak atau gatal di bahagian suntikan
- bintik berwarna ungu atau benjolan di kawasan suntikan
- pening
- letih
- kegelisahan, terutamanya dalam kanak-kanak
- sakit tekak
- berhingus atau hidung tersumbat
- demam
- mual
Kesan sampingan ini biasanya sementara sahaja. Ia akan hilang dalam 24-48 jam selepas suntikan. Hal ini berbeza mengikut individu. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.