
Sulit
4 tahun
Ketiak gatal dan kering
Saya mengalami masalah bantal ketiak dan saya selalu mengarunya sehingga ketiak saya kering dan keluar cecair sehingga berdarah.Bila saya jumpa doktor mereka kata mungkin masalah ubat ketiak tetapi saya sudah cuba menukarnya tetapi kesannya tetap sama.Ia mula berlaku selepas saya habis sekolah menengah iaitu apabila saya dah mula jarang memakai ubat ketiak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kulit gatal boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Dermatitis alahan beserta jangkitan
- Jangkitan kuit
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit auto-imun seperti systemic lupus erythematosus (SLE)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.