
Sulit
5 tahun
Kutil / Isi lebih di bhgn punggung
Saya berumur 32thn sudah berkahwin. Saya mempunyai masalah kutil di bahagian leher dan muka(mungkin keturunan, krn keluarga sebelah ayah kebanyakan mempunyai masalah yg sama), tapi yang menjadi masalah, apabila ia tumbuh dia bhgn punggung, iaitu antara dubur dan vagina, tetapi tidak mengganggu hubungan suami isteri. Saiz sebesar kacang peas, bila dipicit tidak sakit. Cuma agak mengganggu, bagaimana cara untuk membuangnya? Risau makin membesar.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, benjolan yang yang tumbuh pada kulit anda boleh disebabkan:
- Lebihan kulit - “skin tag”
- Kista (cyst) seperti “sebaceous cyst”
- Lipoma - gumpalan tisu lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis - akibat jangkitan kuman
Bagi mengatasi masalah ini, puncanya perlu diketahui dahulu. Anda boleh berjumpa dengan doktor pakar kulit juga untuk membuang ketumbuhan ini. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.