epetrambo85
3 tahun
Luka melecur air panas
Hai, anak saya umur 11 bulan. Muka terkena air panas… sempat sapu krim yg doctor kasi … luka dimuka menjadi Merah… luka di leher menjadi hitam sebb tak perasan leher terkene sekali… jadi saya ingin bertanya mcm mane nak pulihkan kulit muke dia semula? Saye sedih melihat anak saya mcm tu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, beberapa perkara yang anda dapat lakukan untuk memulihkan kulit anak anda adalah seperti berikut:
- Jauhkan diri anda daripada sumber haba untuk mengelakkan kecederaan yang lebih teruk.
- Lalukan kawasan kulit yang melecur pada air mengalir yang sejuk untuk menyejukkan kawasan tersebut. Lakukan ini sekurang-kurangnya selama 20 minit.
- Sekiranya luka terbakar itu melibatkan sebahagian besar tubuh badan, jangan rendamkan diri anda dalam air sejuk. Ini boleh menyebabkan anda kehilangan kehangatan tubuh badan dan seterusnya memburukkan lagi kecederaan tersebut.
- Tutup luka melecet dengan pembalut lembap atau kain bersih.
- Sekiranya boleh, tinggikan kawasan yang terbakar lebih daripada paras jantung.
- Jangan pecahkan sebarang gelembung pada kulit yang melecet
- Jika luka terbakar tersebut berlaku pada muka atau mata, banyakkan duduk daripada berbaring. Ini untuk mengurangkan pembengkakan yang berlaku.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk anak anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.