farhanazstepo
2 tahun
Masalah jantung..mohon nasihat dr
Ayah sya di sah kan jntung tersumbat…dh msuk stent n belon utk 2 salur darah…bru baru ini…check up doc…doc cakap tempat yg ade stent tu otot jantung telah mati…secra keseluruhan jantung hnya berfungsi 40% sahaja…
Soalan sya di sini…mcm mne dh psg stent n bellon dn mkn ubat…otot jantung ayh sya boleh mati ya.?..
Berdsarkn persen yg di berikan…berapa lama kah jangka hayat ayah sya untk hidup??
Ayh sye dh bertahan 5 thun sjk di sahkan skit jantung…
Apa nsiht dr utk condition ayah sya ini?
Adakah mg tidak dpt di selamatkan lagi??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa stent itu boleh gagal. Antaranya ialah :
- Stent yang rosak
- Tidak mengikut diet yang ditetapkan
- Hypertension
- Tahap LDL yang tinggi
Kembali kepada soalan anda, anda diminta untuk memastikan ayah anda mengikt diet diet yang telah ditetapkan olehnya daripada pakar jantung. Antara dietnya ialah : kurangkan garam, makanan goreng-goreng, makanan/minuman manis, dll
Jantung ayah anda masih berfungsi, dan dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti aktiviti yang akan meningkatkan tekanan jantung beliau.
Dengan penerangan diatas, saya berharap anda mendapat maklumat yang diperlukan dan andai kata anda mempunyai soalan yang lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.