
Sulit
4 tahun
Miss v dan ketiak saya sangat hitam
saya berumur 21 an . belum berkahwin . saya ada masalah miss v and ketiak gelap . apa patut saya buat ? ke saya perlu cuba produk di watson ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala-gejala ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah kulit yang dikenali sebagai acanthosis nigricans
- kulit kering
- akibat jangkitan
- ekzema
- obesiti
- diabetes jenis 2
- masalah hormon - seperti sindrom Cushing, sindrom ovari polikistik atau tiroid
- kesan pengubatan tertentu
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.