Anonymous
5 tahun
Panau (belakang badan) & kurap (kelangkang)
Umur sy 20an, sy dah lama kena jangkitan ini dlm 2 tahun dan tak buat apa2 rawatan. Now, sy rasa dah terlambat utk pulihkan. Sy baru ada kesedaran after baca article di web ini. Sy jenis yg kuat berpeluh even after mandi pon sy akn berpeluh balik… So sy tak selesa and terfikir kalau sy sapu ubat mesti basah balik sebab berpeluh… So apa patut sy buat? Makan supplement utk imun and letak ubat sapu both sekali?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak cik, panau adalah jangkitan kulat pada kulit yang boleh disebabkan oleh:
- Kulit berminyak
- Persekitaran panas dan lembap
- Imun sistem lemah
- Hormon yang meningkat
Terdapat pelbagai jenis penyakit yang boleh menyebabkan ruam di pangkal paha anda seperti:
Penyakit kurap adalah disebabkan oleh jangkitan kulat dan seringkali terjadi di kawasan yang berpeluh banyak seperti pangkal paha, punggung, alat kelamin, ketiak dan tapak kaki. Tanda-tanda jangkitan ini termasuk kegatalan, ruam bersisik, kemerahan dan perasaan membakar terutamanya selepas digaru.
Ruam haba kerap berlaku apabila peluh berlebihan dan saluran peluh tersumbat. Faktor-faktor yang mengakibatkan ruam ini adalah seperti pakaian ketat dan penggunaan krim tebal. Ia juga biasanya berlaku di kawasan yang sering tergeser seperti paha dalaman. Ia boleh hilang sendiri jika kulit terjejas disejukkan.
Atopic dermatitis atau ekzema adalah sejenis penyakit kulit kronik. Ia biasanya bermula di siku dan lipatan lutut tetapi boleh merebak ke merata-rata badan. Tanda-tandanya termasuk kegatalan, ruam bersisik dan kulit kering dan merah.
Kontak dermatitis disebabkan oleh pendedahan kepada ‘irritant’ atau alergen seperti lateks sabun, krim, peluntur dan juga beberapa jenis pakaian.
Bagi semua penyakit ini, jika tidak dirawat dan kulit kerap digaru, lama-kelamaan kulit boleh menjadi tebal dan hitam akibat keradangan. Penyakit-penyakit ini mempunyai rawatan yang berbeza.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.