
Sulit
4 tahun
Pengambilan suntikan puregon
saya sedang menjalani rawatan kesuburan untuk hamil di mana saya sedang mengambil suntikan sc puregon 100ui selang sehari (16/9, 18/9, 20/9 dan 22/9).namun begitu, saya telah tersilap mengambil suntikan iaitu pada 17/9. apakah kesan sampingan jika saya tersilap dan bilakah spatutnya tarikh suntikan seterusnya yang perlu saya ambil…terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan
Kami menghargai anda bertanya soalan kepada kami walaupun soalan itu berunsur sensitif dan peribadi.
Kami akan sedaya upaya memberikan maklumat yang tepat kepada anda.
Bagi masalah puan, kami memahami anda mencuba untuk hamil dengan rawatan suntikan Puregon. Suntikan Puregon perlu diambil mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kesan sampingan suntikan Puregon adalah:
- Perut kembung
- Sakit perut
- Cirit birit
- Loya
- Pening kepala
- Naik berat badan
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Maklumat yang anda berikan terhad dan jika rumusan ingin dibuat, kami sarankan anda berjumpa kepada doktor yang merawat anda supaya langkah yang sesuai boleh dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah