Sulit
3 tahun
Pening bila baring dan bangun tidur
Saya wanita berumur 54 tahun. Sejak 5 hr saya pening seakan vertigo tp tidak sakit apabila saya mula baring dan bangun tidur… Saya ada anxiety disorder, panic attack, gastrik dan sejarah vertigo. Dn. Migrain… Selalunya vertigo dan migrain saya terjadi bila Saya kurg tido atau makan sesuatu makanan yg memberi kesan… 5 hr lepas sayanada mkn mknn yg mnyebabkn saya trigger dan hingga hari ini. Msalah tunduk dn bangun msih terjadi… Saya rsa seperti akan huyung dn berpusing bila mula baring dan bangun…t ksih doc.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
- migrain
- sakit kepala berkelompok
- sakit kepala tension
Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media.
- darah tinggi
- rabun mata
- trauma
- kanser otak
Tanpa maklumat lebih lanjut serta pemeriksaan lengkap, adalah sukar untuk membuat kesimpulan mengenai masalah yang anda hidapi.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.