
Sulit
3 tahun
Pening kepala dan berpusing
Saya mengalami sakit kepala yang buat rasa kepala seperti berpusing. Lagi2 bila tunduk, nak bangun dan bila nak baring. Boleh tau lanjut mengenai ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, anemia adalah salah satu punca pening kepala kerana kekurangan oksigen pada otak, tetapi terdapat juga punca lain seperti:
- stress
- lapar. Kelaparan boleh menyebabkan migrain
- persekitaran yang tertekan
- perubahan hormon
- tidur yang tidak cukup
- dehidrasi
- migrain
Dengan penerangan diatas, saya berharap anda mendapat maklumat yang diperlukan dan andai kata anda mempunyai soalan yang lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.