
Sulit
4 tahun
Pil cytotec digunakan dua kali untuk mengugurkan kandungan
Hi doc, sy sekarang berusia 28tahun. dan sekitar 4 5 tahun lalu perna mengunakan cytotec untuk gugurkan kandungan dimasukan ke vagina. sy perna mengugurkan kandungan sebanyak dua kali… dan jarak kandungan sangat dekat. kandungan prtama digugurkan dan selepas 3 bln sy mengandung lagi dan mengugurkan sekali lagi mengunakan cytotec. semasa itu sy belum berkawin lagi. semasa gugurkan kandungan darah keluar 2mingu lebih dan perut rasa cramp. menurut doctor adaka sisa2 yg masih tertingal dalam rahim atau dah keluar? sejak kebelakangan ini period sy tidak normal dan hanya akan period sekali dalm tempoh 6bulan. apakah kesan2 pengunaan cytotec? apakah sy boleh hamil lagi? sekarang sy dah berkawin dan belum pernah mengandung sejak kali terakhir gugurkan kandungan. adakah cytotec bole mnyebabkan mandul?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, pil ini boleh menyebabkan keguguran bagi ibu hamil. Pil ini juga adalah ubat yang diharamkan pengambilannya terutamanya jika diambil tanpa nasihat doktor.
Kesan pengambilan pil ini biasanya adalah keguguran kehamilan. Sekiranya tidak gugur, bayi dalam kandungan boleh mengalami masalah kecacatan atau masalah kesihatan yang sangat serius. Selain itu, pengguguran yang dilakukan tanpa pengawasan doktor atau atas sebab yang kukuh, boleh menyebabkan pelbagai komplikasi seperti pendarahan selepas bersalin, jangkitan kuman dan boleh membawa maut.
Sila elakkan pengambilan dan penggunaan pil ini dan dapatkan nasihat doktor tentang sebarang ubat-ubatan sekiranya hamil. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.