Sulit
3 tahun
Pregnancy i really need help
Dua hari lepas,isteri saya telah keguguran pada minggu ke 17 kehamilan.Adakah dia perlu berpantang?jika perlu berapa hari yang perlu untuk berpantang?selain itu,berapa masa yang diambik untuk kesihatannya pulih sepenuhnya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan isteri anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, isteri anda mengalami keguguran dan ingin mengetahui sekiranya beliau perlu berpantang. Saya akan cuba menjawab pertanyaan ini dengan baik.
Untuk makluman anda, pantang merupakan amalan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat malaysia. Doktor perubatan tidak mempunyai kaedah spesifik tentang berpantang. Jika anda mahu berpantang, ia tidak dihalang. Pastikan isteri anda makan makanan yang seimbang, sihat, kaya nutrisi, zat besi dan calcium bagi memudahkan proses penyembuhan. Kurangkan makanan berlemak dan tinggi karbohidrat. Selain itu, isteri anda perlu merujuk kepada doktor semula untuk memastikan kesihatannya berada dalam keadaan baik.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar sakit puan kami secara atas talian. Terima kasih.