
Sulit
4 tahun
Rasa Denyutan di leher
Hello doc, 3 hari ini saya dapat merasakan denyutan di leher saya. Pada hari pertama dan kedua denyutan tersebut dapat dirasai. Pada hari ketiga, ia kurang tapi masih dapat dirasai. Saya aktif bersenam kadangkala ekstrim (Plank sampai 2.30 minit utk 2-3set). Adakah ada berkaitan dengan senaman saya atau lain2. Tiada simptom seperti sakit dada atau sesak nafas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih atas soalan anda.
Setiap orang mempunyai cara berbeza apabila menggambarkan simptom sakit yang dihadapi. Denyut boleh juga ditafsirkan sebagai salah satu jenis kesakitan iaitu kesakitan berdenyut. Namun begitu sekiranya anda bermaksud denyut yang bukan kesakitan, terdapat beberapa punca denyutan tersebut.
Biasanya denyutan yang dirasai terutamanya ketika berbaring adalah denyutan jantung.
Pembuluh darah arteri anda juga boleh berdenyut dan ini boleh dirasai bagi sesetengah orang. Pembuluh darah yang paling biasa dirasakan denyutannya adalah pada karotid iaitu di leher anda. Ia juga boleh dirasai pada arteri di dahi anda iaitu arteri temporal. Ia amat ketara bagi sesetengah orang terutamanya ketika berbaring. Selain itu, denyutan di telinga seperti masalah tinnitus iaitu telinga berdengung juga boleh menyebabkan masalah ini.
Saya sarankan anda mendapatkan nasihat doktor bagi mengenal pasti punca masalah ini serta cara mengatasinya. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.