
Anonymous
5 tahun
Sakit perut bahagian bawah kiri selepas waktu subur
Saya wanita berumur 34 tahun telah berkahwin. Minggu ini Isnin lepas hari subur saya, saya telah bersama suami beberapa kali. Kini saya sakit payudara, perut bahagian bawah kiri, penat & kadang2 terasa seperti demam. UPT negative dan saya sedang usaha hamil. bila boleh check semula UPT?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan gejala-gejala yang anda sebutkan, punca kepada masalah anda mungkin boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran kencing
- Radang apendiks
- Jangkitan usus
- Kehamilan ektopik (luar rahim)
- Kista (cyst) ovari
- Endometriosis
Sekiranya ujian UPT anda negatif, anda boleh membuat ujian semula pada seminggu dari tarikh anda subur dan sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.