Anonymous
4 tahun
Sakit pinggang yang amat
Saya wanita yg berumur 19 tahun. Sejak 17 tahun, sy kerap sakit pinggang stiap kali bangun tidur . Sakit tu macam berdenyut kt bahagian pinggang ,Mmg sakit sngt3… Baru2 ni, sakit tu makin teruk Sbb stiap kali sy baring dgn bantal tinggi di kepala, saya akan alami sakit yg amat sangat . Pada pndpt Doktor, patut ke saya pergi ke klinik utk bertnyakan masalah sy Ni?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh rakan anda. Untuk makluman pihak anda masalah sakit pinggang boleh disebabkan oleh;
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
Batu karang pada saluran buah pinggang
Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
Masalah pada struktur ovari pada wanita
Masalah pada usus
Untuk mengetahui punca masalah yang rakan anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.