
Sulit
2 tahun
Sesak nafas Dan susah tidur
Saya wanita dalam 35thn Dan saya kerap sesak nafas sejak 3mggu ni.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda. Saya memahami kebimbangan anda berkaitan gejala sesak nafas yang dialami.
Untuk makluman anda, sesak nafas boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor contohnya seperti yang berikut:
- Sesak nafas sewaktu melakukan aktiviti berat kerana rutin harian yang kurang aktif
- Sesak nafas disebabkan masalah pernafasan seperti asma dan COPD
- Masalah berat badan
- Masalah kekurangan darah merah
- Masalah jantung
Bagi mengetahui punca masalah sesak nafas anda, maklumat terperinci tentang latar belakang kesihatan anda, serta pelbagai maklumat lain perlu dikenal pasti. Oleh itu, anda disarankan untuk bercakap dengan doktor bagi mendapatkan maklumat dan rawatan.
Anda boleh menghubungi doktor kami bagi mendapatkan konsultasi secara atas talian. Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.