
Sulit
3 tahun
Adakah Hurix cool inhaler selamat untuk ibu mengandung?
Hi doktor… sy 15minggu mengandung… akhir2 ni hidung sy selalu tersumbat (flu) dan ianya kadang2 menganggu tidur sy doktor. Sy nak tnya adakah hurix cool inhaler selamat digunakan untuk ibu mengandung bagi melegakan flu tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, tidak semua produk Hurix sesuai digunakan semasa hamil. Namun begitu, banyak juga produk Hurix yang selamat digunakan. Terdapat beberapa produk Hurix yang ada di pasaran digunakan untuk membantu individu yang mengalami batuk, selsema dan hidup tersumbat. Saya mencadangkan puan membaca kandungan produk yang tertulis pada label pada produk tersebut. Cuma elakkan apa-apa produk yang mengandungi bahan ephedrine. Jika ia mengandungi bahan menthol atau eucalyptus sebagai produk minyak urutan pada kulit atau dimasukkan ke dalam air panas, ia dikira masih selamat digunakan untuk wanita hamil.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor