
Sulit
3 tahun
Adakah saya boleh mengandung jika bersama sebelum melepasi 7 hari selepas pemasangan implano
Saya wanita 39 tahun baru saja lepas pantang saya memasang impalano selepas 40 hari berpantang selepas itu saya bersama dgn suami pada hari ke 4 selepas pemasangan implano tanpa perlindungan sepatutnya 7 hari selepas adakah saya boleh mengandung doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan maklumat yang diberikan, sekiranya anda bersama dengan pasangan dengan penetrasi kemungkinan untuk anda hamil adalah tinggi dan bergantung kepada kesuburan anda. Tanpa penetrasi, kemungkinan untuk hamil adalah rendah. Namun begitu sekiranya cecair air mani pasangan termasuk ke dalam faraj, kemungkinan untuk hamil boleh berlaku, Bagi mendapatkan kepastian mengenai status kehamilan, anda boleh lakukan ujian kehamilan UPT selepas 2 minggu daripada tarikh anda bersama dengan pasangan.
Terdapat beberapa tanda kehamilan iaitu:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar\
Untuk mengesahkan kehamilan, anda perlu berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan dan menjalani beberapa prosedur lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.