
Sulit
3 tahun
Air liur sentiasa meleleh dalam mulut
Air liur saya selalu meleleh seperti air paip sehingga mengganggu untuk saya solat dan juga ketika bercakap. Saya terpaksa menelannya menyebabkan saya ragu2 dengan puasa ramadhan saya batu2 ini. Adakah ia berpunca dengan saraf mulut atau lain2 penyakit yang saya tidak tahu. Hal ini mengganggu saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Mengenai masalah air liur meleleh, maklumat tambahan diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Antara puncanya adalah:
- Jangkitan kuman
- Radang/bengkak tonsil
- Radang tekak
- Kecederaan pada tekak akibat batuk atau makanan
Punca bengkak tonsil selalunya adalah akibat jangkitan bakteria. Pesakit yang mengalami bengkak tonsil seringkali turut mendapat simtom lain seperti demam, sakit tekak, nafas berbau, sukar dan sakit untuk menelan serta bengkak pada kalenjar leher. Selain itu, pesakit yang mengadu bengkak tonsil juga mungkin disebabkan nanah pada bahagian peritonsillar yang terletak di keliling tonsil. Penghidap masalah ini selalunya akan mengalami demam, sakit tekak yang teruk, air liur meleleh, nafas berbau, sukar membuka mulut, dan perubahan suara.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.