
Sulit
4 tahun
Aktiviti lasak boleh menyebabkan mandul
Doktor, betul ke kalau buat aktiviti lasak boleh buat kita mandul atau
susah nak mengandung ? saya ada terbaca dlm fb tapi nak
kepastian doktor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana berhubung dengan kami untuk bertanyakan soalan. Saya fahami rasa ingin tahu anda tentang artikel yang telah anda baca di laman facebook. Saya memuji sikap ingin tahu anda dengan lebih lanjut tentang perkara ini kepada pakar yang bertauliah.
Untuk makluman anda, terdapat banyak sebab dan faktor yang menyebabkan kemandulan berlaku. Untuk mengatakan aktiviti lasak boleh membuat kemandulan adalah perlu diperluaskan lagi persoalannya. Terdapat banyak kajian tentang hubungan diantara aktiviti lasak dan kesuburan wanita. Namun sehingga sekarang, para pengkaji tidak boleh merumuskan bahawa aktiviti lasak mampu membuat seseorang mandul. Sesetengah kajian menyatakan bahawa aktiviti lasak boleh menyebabkan kemandulan dan setengah yang lain mengatakan aktiviti bersukan boleh meningkatkan kesuburan seseorang.
Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik untuk anda !
Persoalannya adalah, bagaimanakah sesuatu aktiviti itu dikatakan lasak. Mengikut satu kajian yang keluarkan pada 2016, aktiviti lasak adalah beberapa aktiviti yang dilakukan 7 jam atau lebih dalam seminggu. Bukan semua aktiviti yang dilakukan melebihi 7 jam adalah lasak, ianya hanyalah terhad kepada beberapa aktiviti antaranya :
- aktiviti aerobik
- berbasikal
- larian marathon
- angkat berat
Doktor Sakit Puan boleh bantu menjawab persoalan anda tentang kesuburan
Kesimpulannya, aktiviti lasak semata mata tidak menyebabkan kemandulan, faktor faktor lain haruslah diambil kira seperti obesiti, trauma ketika melakukan aktiviti dan sebagainya. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang kesuburan, anda boleh berhubung dengan kami di (DoctorOnCall) untuk berbual dengan pakar secara peribadi. Terima Kasih.