
Sulit
4 tahun
Apakah itu rituximab
siapakah yang layak mengunakan ubat rituximab ini ? bagaimanakah ubat rituximab diberikan ? apakah risiko dan kesan pengambilan ubat ini kepada pesakit. adakah sukar mendapatkan ubat ini dimalaysia?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, Rituximab adalah sejenis ubat yang mengandungi antibodi monoklonal anti-CD20 yang telah diluluskan untuk digunakan dalam usaha merawat penyakit limfoma non Hodgkin, folikel limfoma, limfoma sel B, leukemia kronik dan rheumatoid arthritis (RA) (khusus apabila rawatan faktor nekrosis anti-tumor sudah tidak mencukupi atau tidak
ditoleransi), serta keadaan yang jarang berlaku seperti granulomatosis dengan polyangiitis dan polyangiitis mikroskopik. Ianya lazim diberikan secara intravena, melalui pembuluh darah. Beberapa kesan sampingannya adalah berbeza tiap individu. Antara kesan sampingan yang boleh berlaku adalah demam, gatal, ruam kulit, sesak nafas, dan sakit kepala. Ubat ini juga tersedia di Malaysia.
Untuk info secara mendalam tentang hal ini, sila klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih