Sulit
4 tahun
Bacaan garam potassium tinggi
Jika garam potassium tinggi,apakah ubat yang sesuai utk mengatasi masalah ini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah bacaan potassium tinggi ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Kegagalan buah pinggang
Beberapa jenis ubat-ubatan darah tinggi, dan ubat kemoterapi
Dehidrasi
Penyakit seperti kencing manis jenis 1, Addison serta pendarahan organ dalam,
Trauma
Penggunaan alkohol atau dadah rekreasi
Penggunaan ubat tambahan
Dapat anda perhatikan banyak penyebab yang boleh menyebabkan bacaan kalium meningkat dan setiap satu daripadanya mempunyai cara rawatan yang mungkin berbeza.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor bagi mendapatkan diagnosis yang tepat dan kemudiannya rawatan yang sesuai.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.