
Sulit
4 tahun
Batuk waktu malam sahaja dan berkahak
Saya menghidap batuk dan sering berkahak pada waktu malam sahaja. Setiap kali saya ingin baring dan mulai tidur saya akan mula terasa dada seperti sempit, kerongkong terasa gatal, dan asyik batuk untuk keluarkan kahak. Kahak saya jernih seperti air liur. Batuk ini datang beserta bunyi berdecit ketika ingin tarik nafas dan setiap kali ingin keluarkan kahak saya terasa seperti asma. Hingga perlu untuk saya makan ubat salbutamol untuk hilangkan rasa asma itu. Namun waktu siang saya sangat sihat. Tiada batuk, tiada kahak, tiada langsung gejala seperti yang berlaku pada waktu malam. Saya tiada sejarah penyakit asma. Mohon tolong saya doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Batuk berterusan & sesak dada ? Dapatkan bantuan sementara di sini.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berkahak yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- COPD masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi - tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
- Jangkitan saluran udara oleh virus atau bakteria
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kamisecara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih