
Sulit
4 tahun
Bekas jerawat kehitaman
Saya ada masalah bekas jerawat jadi kehitaman…boleh ke guna retinol…mana nak dapat retinol ni??

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Secara umumnya bekas jerawat yang kehitaman adalah akibat dari trauma atau kesan menekan/irisan pada kulit yang berjerawat.
Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang terbaik bagi menghilangkan kehitaman tersebut, namun buat sementara waktu anda boleh cuba:
- produk yang mengandungi alpha hydroxy acid (AHAs) boleh membantu pudarkan bekas jerawat
- produk mengandungi asid laktik (lactic acid)
- retinoid atau retinol akan membantu meningkatkan penyembuhan sel-sel kulit
- asid salisilik mampu mengurangkan bekas jerawat, malah boleh membersihkan pori dan mengurangkan kemerahan dan bengkak
- krim pelindung matahari (sunscreen) penting untuk mencegah bekas jerawat menjadi gelap dan kelihatan lebih jelas
Produk-produk tersebut boleh didapatkan dimana-mana klinik perubatan atau sesetengah farmasi.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Selain itu, sekiranya terdapat kesan-kesan yang aneh setelah menggunakan produk seperti kemerahan, gatal-gatal, kelainan kulit, dan lain-lain, disarankan untuk berhenti menggunakan produk tersebut dan berjumpa dengan doktor.
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.