Sulit
2 tahun
Berak berdarah dan sakit tekak yang pedih selepas membuat endoscope
Saya lelaki berumur 20 an telah menjalani ujian endoscope baru2 ini di sebuah hospital kerajaan . Selepas membuat endoscope melalui mulut tersebut , saya mengalami sakit tekak yang tajam dan pedih serta berak berdarah sudah hampir seminggu . Adakah ini berpunca dari kesan endoscopic tersebut ?
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan najis berdarah, seperti:
- Buasir ( hemorrhoid )
- Anal fistula (rekahan pada bukaan lubang punggung)
- Tahi yang keras
- Ulser di saluran usus
- Inflammatory bowel diseases ( ulcerative colitis atau penyakit Crohn)
- Kanser usus
Gejala sakit tekak pula boleh disebabkan masalah kesihatan lain seperti:
- Radang tonsil
- Radang tekak
- Jangkitan bakteria/virus
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor .
Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah sakit perut anda hari ini.