Sulit
3 tahun
Saya berak berdarah tetapi tidak sakit sudah 2 hari
Saya berumur 19 tahun saya dah dua hari berak berdarah . Dua hri sebelum kejadian saya mengalami masalah buang air besar yang agak keras adakah saya berak berdarah kerana masalah itu? Darah tak banyak hanya menitis sahaja. Najis sye tidak keras tidak cair hanya biasa sahaja . Berapa lama tempoh untuk darah itu berhenti ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda mengalami masalah najis berdarah sejak dua hari lepas. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk maklumat anda, najis keras boleh menyebabkan darah pada najis. Terutama sekali jika ia disebabkan oleh buasir. Penyakit lain yang mempunyai gejala najis berdarah juga adalah:
- Diverticulosis
- Radang kolon
- Fisur anus
- Masalah pendarahan
- Kanser anorektal
Walaubagaimanapun, senarai di atas hanyalah diagnosis umum. Kami tidak dapat memberikan rawatan serta diagnosis tepat tanpa perincian simptom, pemeriksaan fizikal serta keputusan dari ujian klinikal.
Bagi rawatan serta diagnosis lebih tepat, sila rujuk perkara ini kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar gastroenterologi