Sulit
3 tahun
Buasir,berak berdarah dan sembelit
Saya pemuda 30an…saya mengalami masalah sembelit yang teruk…sehinggakan saya berak berdarah…5hari yang lepas saya ada makan buah manggis dan tertelan biji manggis…dan saya rasa kan di dubur saya seperti sesuatu yang keras…saya rasa seperti biji manggis yang saya telan tempoh hari…bila saya nak membuang air besar rasa mcm tersangkut…najis pun sedikit sahaja yang keluar…saya cuba korek menggunakan jari tapi tak boleh,biji manggis tersebut masuk kedalam balik…saya sudah berjumpa doktor,doktor beri saya ubat buasir dan ubat senang berak…tapi sampi sekarang belum keluar lagi biji manggis tersebut…sakarang saya tiada selera untuk makan…perut rasa tidak selesa…apa yang perlu saya buat?apakah saranan doktor kepada saya…terima kasih doktor…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya buasir, penyumbatan usus, kecederaan pada lapisan usus, polip, ketumbuhan dan lain. Sekiranya dengan pengubatan dan minum air tidak berkesan, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor anda dengan lanjut atau masuk hospital supaya rancangan rawatan sesuai dapat dibincangkan.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.