Sulit
2 tahun
Kegusaran tentang najis berdarah
Assalam/salam sejahtera. Saya wanita berumur 21 tahun. Sejak kebelakangan ini saya mengalami pendarahan. Pada mulanya, sy terlihat darah yg sedikit bercampur keputihan ketika kencing. Saya menganggap ianya sisa period kerana baru selesai period pada dua hari lepas. Kemudian, selang dua/tiga kemudian saya ada berasa loya dan hendak pitam serta saya mengalami kesukaran membuang air besar dan saya melihat ada darah bercampur dgn najis tersebut dan juga darah tersebut keluar dalam kuantiti agak bnyak ia berketul/menitis². Dan pada hari seterusnya, saya sedang mengalami sakit dlm perut, badan lemah, sakit kepala, loya dan mata pedih/kejang. untuk maklumat tambahan, saya sedang on diet. Adakah saya salah dalam on diet? Apa yang perlu saya lakukan ya saya buntu. Mohon penjelasan. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Saalm sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkenaan najis berdarah yang disertai dengan beberapa gejala lain. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala najis berdarah bukan sesuatu yang normal dan boleh menandakan sesuatu yang serius. Antara punca najis berdarah adalah:
- Luka pada dubur
- Pendarahan di dalam usus besar atau di dalam perut akibat luka, ulser dan lain-lain
- Buasir
- Ketumbuhan polip
- Kanser
Memandangkan anda mempunyai gejala seperti pitam dan mual, terdapat kemungkinan ini disebabkan oleh tekanan darah rendah yang boleh disebabkan oleh pendarahan. Oleh itu, anda perlu segera merujuk masalah ini kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan.
Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi atas taliahn agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar gastroenterologi jika perlu.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.