Sulit
3 tahun
Najis penuh dalam usus dan berak berdarah
Saya lelaki umur 20an saya mengalami berak berdarah tetapi tidak sakit selepas membuang cuma perut berasa tidak selesa tetapi tidak sakit dan berasa ada angin.setiap membuang air besar tetapi kuantiti yang sedikit sahaja. pergi ke hosp dan membuat ujian X-Ray mendapati usus saya penuh najis doktor memberikan ubat gastrik dan luctolose. Dan juga ubat buasir, hasil ujian x-ray saya bertanya doktor tiada bengkak cuma ada najis didalam usus, adakah usus saya dalam keadaan okay?dan cuma usus penuh najis sahaja? Dan apakah cara penyelesaiannya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, berak berdarah boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya najis banyak atau sembelit, boleh menyebabkan najis berdarah sebab kecederaan pada lapisan tisu usus.
Selain itu, najis berdarah juga boleh disebab oleh buasir, polip, ketumbuhan, jangkitan, keradangan dan punca lain. Sebab hasil x-ray anda tidak menunjukkan bengkak atau kelainan, mungkinnya ia kurang berbahaya.
Untuk mengatasi masalah gejala anda, kami perlu mengetahui punca penyebabnya dahulu. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Gastroenterologi.