Sulit
3 tahun
Berak berdarah angkara luka rektum
Saya berumur 23 tahun mengalami masalah berak berdarah hampir 3 minggu baru tahu menghadapi masalah luka rektum… Sblum ni hanya syak buasir… 2 kali ulang alik hospital tapi tidak jugak sembuh… Adakah akan terjadi masalah lain jika lama sangat untuk sembuh
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami
Kami memahami bahawa anda mengalami pendarahan ketika membuang air besar akibat luka pada rektum. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, pendarahan dan luka pada rektum boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Anal fissure (luka dubur)
- Buasir
Namun, ia juga boleh berlaku akibat perkara yang lebih serius seperti:
- Iritasi pada usus
- Ulser usus
- Penyakit Crohn
- Kanser usus
Jika tidak dirawat dan pulih dengan sempurna boleh mengalami komplikasi seperti anemia dan jangkitan kuman.
Oleh itu, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.