Sulit
3 tahun
Najis Hitam pekat seperti tar
Assalamualaikum doktor, nak tanya kenapa najis saya warna hitam pekat yg hitam sangat2? sejak semalam sakit perut dan gastrik.
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala tahi berwarna hitam. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, najis yang berwarna hitam gelap “black tarry stool” merupakan salah satu gejala yang boleh disebabkan oleh pendarahan di dalam perut yang boleh menandakan masalah seperti:
- Ulser perut yang kronik
- Pendarahan oesophageal varices
- Kanser perut atau kanser usus
Namun begitu, kadang kala pengambilan makanan tertentu juga boleh menyebabkan warna najis menjadi gelap. Memandangkan anda mempunyai masalah gastrik dan mengalami gejala sakit perut, anda amat disarankan untuk segera mendapatkan pemeriksaan lanjut berkaitan gejala anda ini agar sebarang masalah serius dapat ditangani dengan segera.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.