Sulit
2 tahun
Tahi bercampur dengan darah
Saya perempuan 12tahun…apabila saya berak…selepas saya membasuh terdapat darah…perkara ini terjadi selepas saya makan makanan pedas…sebab saya tidak suka makan pedas…apakah sebab ini??
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Melalui pernyataan yang anda di atas, kami memahami tentang kebimbangan anda berkaitan najis anda yang bercampur dengan darah. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan najis anda bercampur darah. Antara sebab tersebut adalah:
- Buasir
- Divertikular (diverticular disease)
- Angiodisplasia (angiodysplasia)
- Keradangan usus besar (colitis)
- Tumor di usus besar
Sekiranya anda mengalami kepenatan, kepeningan atau aktiviti seharian anda terganggu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dengan kadar segera untuk mengelakkan masalah yang lebih serius.
Namun begitu, saya tidak boleh memberi satu diagnosis tanpa menjalankan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh. Saya menasihatkan anda supaya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan segera. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.