Sulit
2 tahun
Membuang air besar berdarah dgn titisan dan ketulan. Najis juga merah dan telah melakukan hemarroid bending pada March 2020
Hi, saya seorang wanita berumur 22 tahun dan saya mengalami masalah membuang air besar berdarah yang berbentuk titisan serta terdapat ketulan darah (seperti haid). Najis juga didapati berwarna merah atau gelap. Hal ini telah berlaku selama 2 hari berturut. Saya juga telah melakukan pemeriksaan sendiri bahawa ianya keluar dari dubur dan bukannya faraj. Selain itu, saya juga telah melakukan hemarroid bending pada March 2020. Jadi apakah tindakan yang perlu saya lakukan?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang bagaimana mengatasi masalah najis berdarah yang anda alami.
Kami akan cuba membantu anda.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pengeluaran darah ketika buang air besar terbahagi kepada dua jenis, sama ada ia najis yang mengandungi darah (najis kelihatan hitam seperti tar), ataupun pengeluaran darah merah yang segar melekat pada najis. Ini adalah kerana kedua dia gejala tersebut mempunyai sebab yang berbeza.
Berikut merupakan sebab najis yang mengandungi darah (Melena) :
- Pendarahan pada kawasan usus separuh atas
- Ulser perut
- Kanser perut
- Masalah hati
- Mallory Weiss Tear
- Masalah saluran darah pada kawasan usus
- Penghasilan tiub usus Merkel
Berikut merupakan sebab berlakunya darah segar pada najis (Hematochezia)
- Pendarahan pada usus separuh bawah
- Kanser usus
- Penyakit keradangan Chron’s
- Penyakit keradangan usus
- Buasir
- Polip usus
Kami sarankan anda sentiasa menjaga pemakanan anda serta kebersihan diri secara am. Sekiranya perkara ini berlaku secara berpanjangan dan semakin teruk, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan.
Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.