Sulit
3 tahun
Berak berdarah ketika buang air besar
Saya lelaki berumur 20-an mengalami berak berdarah sejak 2 hari yg lalu. Darah tersebut berwarna merah segar. Saya sangat takut & risau tentang keadaan saya. Adakah saya akan mengalami gejala penyakit ?
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah buang air besar berdarah dan ingin mengetahui tentangnya. Saya akan memberikan maklumat yang diperlukan sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang dialami boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Buasir
- Kecederaan pada tisu lapisan usus
- Jangkitan
- Masalah radang usus
- Ketumbuhan usus seperti polip
- Fistula ani
Harap jawapan ini membantu anda. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.