Sulit
3 tahun
Buang air besar berdarah cair menitik
Saya wanita berumur 20 an,2 3 hari ni saya buang air besr disertai dgn darah menitik nitik.p/s saya baru lepas haid n yg sy psti tu bkn drh haid🥲nak kate buasir,saya rasa macam tak sebab xde plk sembelit atau susah teran.semue norml x sakit tp time buang air besar mmg bleh thn byk jgk drh tu mnitik,bimbg jugak,ade jugk tbce bleh mtk ubt anti inflmsi takut ade luke dkt rektum atau bhgian tu tp x psti kne ambil ubt tu atau mcm mne
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Menurut kenyataan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah najis berdarah. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Gejala yang najis berdarah adalah sesuatu yang tidak normal dan boleh disebabkan oleh masalah yang serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Kecederaan pada dubur
- Jangkitan kuman di usus atau saluran pencernaan
- Buasir ( hemorrhoid )
- Anal fistula (rekahan pada bukaan lubang punggung)
- Ulser di saluran usus
- Inflammatory bowel diseases ( ulcerative colitis atau penyakit Crohn)
- Kanser usus
Memandangkan anda mengalami najis berdarah selama 3 hari, kami nasihatkan anda untuk terus merujuk masalah ini dengan lebih lanjut agar tidak memudaratkan kesihatan anda. Pendarahan yang serius boleh menyebabkan masalah lain seperti anemia. Sila bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.