Sulit
3 tahun
Darah keluar selepas buang air besar
Saya perempuan 23 tahun dan belum berkahwin. Situasi saya, baru2 ni saya ada keluar darah selepas buang air besar. Tp keluar sikit je. Setitis mcm tu. Keluar di akhir pembuangan air besar. Tp ni bukan darah haid, sbb saya dh melepasi period cycle. Sejak kebelakangan ni, saya memang ada sakit perut yg pedih dn sehari sebelum, saya tidakndapat luruskan badan sbb trlalu sakit. Saya ada buasir luaran, yg tak boleh dimasukkan semula, tp belum didiagnos oleh doktor. Soalan saya, apa yg perlu saya buat dengan keadaan perut saya yg tak ok? Dan buang air besar berdarah. Tak sakit ketika BAB, tapi akan sakit perut beberapa waktu lepastu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai masalah anda iaitu darah keluar selepas buang air besar. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Penyakit divertikular (diverticular disease)
- Angiodisplasia (angiodysplasia)
- Keradangan usus besar (colitis)
- Tumor di usus besar
Oleh itu, saya menasihatkan anda untuk merujuk doktor supaya mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.