Sulit
3 tahun
Berak berdarah dan sakit perut
Hai doktor, saya masih remaja, saya ada soalan adakah selalu makan pedas atau gastrik berpanjangan boleh menyebabkan berak berdarah, harini masuk hari ke-3 saya berak berdarah, darah tak terlalu banyak tak terlalu sikit keluar, didubur saya ada rasa pedih sikit selepas membuang air besar. buat masa sekarang saya rujuk di internet sahaja kerana saya tak boleh keluar. Terima Kasih doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Buasir
- Fistula anus
- Jangkitan usus
- Kecederaan lapisan usus
- Ketumbuhan usus seperti polip
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.