Sulit
3 tahun
Mengalami berak berdarah
Salam doctor,mengapa berak darah boleh terjadi ? Ayah saya mengalami berak berdarah pagi tadi.Darah meleleh keluar dari dubur dan banyak.Serta ayah saya tidak mahu ke klinik.Apakah penyebab dan cara untuk seterusnya.
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami tentang kebimbanan anda mengenai masalah ayah anda iaitu berak berdarah. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, berak berdarah dapat disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Divertikular (diverticular disease)
- Angiodisplasia (angiodysplasia)
- Keradangan usus besar (colitis)
- Tumor di usus besar
- Buasir
Oleh itu, saya menyarankan supaya anda merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.