Sulit
3 tahun
Dubur keluar darah dan najis besar keluar
saya pemuda umur 28 tahun mngalami masalah kluar darah dri dubur dan slepas mngeluarkan najis yg besar darah terus hilang…apakah tu penyakit yg saya alami
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, keluar darah selepas najis besar boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Buasir
- Kecederaan pada tisu lapisan usus
- Jangkitan
- Masalah radang usus
- Ketumbuhan usu seperti polip
- Fistula ani
Kami menyaran anda merujukkan perkara ini kepada doktor dengan lanjut, menjalani sebarang periksaan serta penyelidikan berkaitan untuk mengetahui punca penyebab gejala anda. Oleh itu, penjelasan ataupun rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.