Sulit
3 tahun
Ct scan atau perlu membuat tindakan lanjut jika berasa was2
Saya lelaki. Dr saya pernah menjadi suspect appendix dan dimasukkan ke hospital. Mujur xde apa2 berdasarkan result ct scan dan hanyalah infectious colitis. Kadang2 saya was2 seperti saya ada kanser usus kerana sebelum saya masuk hospital saya pernah berak berdarah. Adakah ct scan boleh mengesan kanser
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, infectious colitis biasanya menyebabkan gejala berak berdarah, dan keputusan CT scan biasanya amat tepat, menunjukkan lapisan keradangan dan ketumbuhan badan.
Sekiranya anda mengalami sebarang ketumbuhan usus seperti kanser usus, biasanya CT scan dapat menunjukkan ketumbuhan tersebut dalam usus dan doktor akan minta anda menjalani kolonoskopi untuk menesankan ketumbuhan tersebut.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.