Sulit
2 tahun
Stress, berjalan lama, penat buasir keluar sikit tapi tak sakit
Saya perempuan berumur 28 tahun. Waktu umur 23 pernah buang air besar berdarah. Saya aktif sukan dan tak pernah ada buasir. Selepas bekerja saya mula rasa ada benda yang keluar seakan buasir tapi tak sakit. Jika saya terlalu penat, stress, berjalan lama dia akan keluar. Kadang masa baring pun rasa tak selesa. Kita kena tolak utk masuk. Apa penyebab ya doktor ? Adakah sebab saya angkat berat, makan pedas atau aktiviti sukan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang dialami boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Buasir
- Kecederaan pada tisu lapisan usus
- Jangkitan
- Masalah radang usus
- Ketumbuhan usus seperti polip
- Fistula ani
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.