
Anonymous
6 tahun
Berat badan ketika hamil
Saya berusia 26tahun…saya sekarang sedang hamil dan masuk usia kandungan 28minggu…jadi di sini saya ingin bertanya pada doktor dari mula hamil hingga kini berat badan saya sat naik dan sat turun…adakaj bahaya pada bayi dalam kandungan saya?dan nanti 19/3 saya akan berjumps dengan doktor di klinik kesihatan…jadi sekarang saya takut dan gelisah memikirkan tentang ini…harap doktor dapat membantu saya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Berat badan ketika hamil biasanya meningkat seiiring dengan kehamilan. Namun begitu sekiranya ia naik turun dengan kadar yang banyak, anda haruslah melaporkan keadaan ini kepada doktor yang memantau kandungan anda.
Risiko jika berat badan anda turun terlalu banyak adalah anda tidak mengambil nutrisi secukupnya untuk anda dan kandungan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini selanjutnya.
Anda juga boleh klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Harap membantu. Terima kasih.