
Sulit
4 tahun
Berat badan menurun sewaktu hamil
Salam sejahtera,doktor. Saya nak tanya,adakah normal jika berat badan saya makin menurun sewaktu hamil? Sekarang dah masuk 7 minggu kehamilan. Apakah faktor penyebab turun berat badan? Adakah itu normal?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yg diajukan.
Kami memahami kebimbangan ataupun dilema yang anda hadapi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Bagi mengatasi keadaan kurang berat badan sewaktu kehamilan, antara langkah yang anda boleh lakukan adalah:
- Mengamalkan pemakanan seimbang mengikut piramid makanan
- Mengambil supplement yang sesuai untuk menambah selera makan
- Anda boleh mendapatkan nasihat pakar hidangan dan sajian (dietetik) untuk merujuk pemakanan dan supplement yang seimbang dan selamat diambil
- Melakukan senaman dan aktiviti yang membina otot bagi menjamin penambahan berat badan yang sihat
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih