
Sulit
4 tahun
Berpantanf boleh makan vitamin c Redoxon?
Sy sekarang sedang berpantang hari ke 8, luka jahitan bersalin normal belum sembuh, boleh x saya makan vitamin c Redoxon untuk cepat sembuh luka jahitan.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, produk yang anda nyatakan tidak digalakkan ambil untuk digunakan wanita hamil dan ibu yang menyusukan anak. Secara amnya, vitamin C bagus untuk merawat luka. Saya sarankan anda untuk berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan vitamin C yang sesuai dengan anda.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.