Sulit
4 tahun
Bibir pucat / kurang darah
Hi Doctor, saya nak tanya saya punya bibir sangat pucat macam takda darah😅 sejak sekolah rendah lagi sampai la sekarang dah umur 25tahun. Normal ke doktor? And ada ke apa2 cara/ubat supaya bibir tak nampak pucat? Terima kasih.
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, bibir pucat boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Anemia
- Dehidrasi
- Kekurangan gula dalam darah
- Masalah pengaliran darah
- Masalah jantung
- Kekurangan vitamin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.