Sulit
3 tahun
Tak bermaya, badan makin lemah,badan menjadi susut,hilang selera makan
Sy wanita berusia 28yr…beberapa tahun dahulu sy pernah menjalani ujian darah ,result sy adalah (Anemia)
Sejak akhir2 ni,sy menjadi lemah ,Dan tidak bermaya…selera makan makin berkurang,badan sy makin susut Kurus… Sy risau skrg ,Dan ingin sedikit nasihat,untuk sy atasi…t kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, istilah anemia merujuk kepada masalah kesihatan iaitu kurangnya darah merah. Masalah kurang darah merujuk kepada tahap pigmen hemoglobin dalam rendah yang rendah. Hemoglobin adalah pigmen dalam komponen sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dari udara agar ia boleh dibawah oleh sistem pengangkutan badan dari jantung kepada organ dalaman.
Walaupun anemia mempunyai pelbagai punca yang berbeza, tanda-tanda kurang darah adalah:
- Rasa lemah, lesu, kurang tenaga dan daya untuk bekerja.
- Lelah, rasa seperti nafas tidak mencukupi, bernafas dengan tercungap-cungap, terutama sekali apabila melakukan aktiviti fizikal.
- Pening atau rasa ingin pitam.
- Rasa jantung berdebar atau deras.
- Kulit dan muka pucat.
- Denyutan nadi lemah dan deras.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Justeru, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih